Al-Fatihah Buat Saudaraku Masruhen

Hari Isnin 15/3/2010, hanya dua hari lepas, Masruhen jadi rakan tasmi' saya di maahad. Mas memang terkenal dengan bacaan yang baik dan suara yang lunak. Saya memanggilnya dengan nama gelaran Mas Al-Qari.

Semalam, hari Selasa, selepas jamaah maghrib, kami sama-sama hafal ayat-ayat baru di surau. Saya di saf hadapan dan dia di saf paling belakang.

Pabila hampir waktu isyak, saya memasang amplifier dan menjemput Mas untuk laungkan azan kerana memang sudah lama saya teringin mendengar Mas azan. Mesti baik azannya sebab suaranya yang bagus.

Sebaik saja beliau mula azan, Ustaz Mansor Al-Hafiz, imam surau dan juga guru tahfiz kami terus berkata, "Bagus dia azan." Saya berdiri bersandar di tiang sambil menghayati alunan azannya.

Memang bagus dan saya amat berhajat untuk menjadikannya bilal surau. Hari ini memang saya bercadang untuk mengajarnya memasang amplifier.

Saya toleh kiri dan kanan saf tapi tidak nampak Mas ketika jamaah maghrib dan isyak tadi.

Jam 9.48 malam saya terima panggilan dari Ustaz Mansor dengan berita yang amat memilukan saya. Masruhen telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan di tempat kerja.

Saya sebak. Tapi Ustaz Mansor cakap, "Semalam baru dia azan. Tak apa, husnul khotimah dia." Saya saya lega sikit dan saya pun harap begitulah juga.

Kerap saya menerima berita kematian rakan-rakan kebelakangan ini tapi inilah rakan yang paling dekat. Baru semalam kami bersalaman dan bermesra.

Kematian itu pasti dan tersangatlah hampir. Seperti kata Allah dalam surah Al-Waqi'ah:85, "But We are nearer to him than you, but you see not." We merujuk kepasa malaikat2 yang ambil nyawa.

Ya Allah, Engkau ampunilah saudaraku Mas, sesengguhnya Engkau Maha Pengampun. Ya Allah, Engkau redhalah saudaraku Mas dan berilah keamanan kepadanya.
Al-Fatihah.

*Gambar ini diambil Isnin 22/2/2010 di maahad. Masruhen berbaju kuning dan tersenyum lebar di sebelah tabir.
Thank You and Warmest Regards,
Nahar Razak

Comments

Popular posts from this blog

Another thought about Love